Tetingkap Kalendar menunjukkan dialog akaun.

Bermula dengan Kalendar

Sediakan Kalendar dan mula mengurus semua peristiwa anda dalam satu app, walaupun jika ia berada dalam akaun berbeza seperti iCloud atau Google.

Bermula dengan Kalendar pada Mac

Tetingkap Kalendar dalam paparan Bulan menunjukkan kalendar peribadi, kerja, keluarga dan sekolah dikod warna dalam bar sisi di bawah pengepala akaun iCloud.

Kod warnakan kehidupan anda

Cipta kalendar berasingan untuk kawasan berlainan kehidupan anda. Kemudian, tumpu peristiwa kerja, keluarga atau peribadi anda dengan sekilas pandang cepat.

Cara menambah kalendar baharu

Tetingkap info untuk peristiwa yang menunjukkan jemputan dan lokasi pada peta kecil.

Jemput dan dijemput

Sediakan peristiwa anda sendiri dengan cepat dan hantar jemputan kalendar kepada rakan serta rakan sekerja.

Cara menjemput orang ke peristiwa

Tetingkap Info peristiwa Kalendar. Butiran peristiwa ditunjukkan, termasuk nama dan alamat lokasi serta peta kecil.

Masukkan peristiwa anda dalam peta

Semua maklumat yang anda perlu tentang peristiwa di hujung jari anda. Apabila anda menambah lokasi peristiwa anda—seperti nama restoran—Kalendar akan mengisi alamat, menunjukkan anda peta dan cuaca, serta memberitahu anda masa untuk bertolak.

Cara menambah lokasi dan masa perjalanan dalam peristiwa

Untuk meneroka Panduan Pengguna Kalendar, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.