Tukar seting isyarat lalai dalam Kalendar pada Mac
Secara lalai, peristiwa yang anda cipta tidak mempunyai isyarat yang dikaitkan dengannya. Anda boleh mengubah seting isyarat, yang digunakan ke peristiwa baharu dan yang sedia ada yang anda belum setkan isyarat.
Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Seting, kemudian klik Isyarat.
Klik menu timbul Akaun, kemudian pilih akaun.
Seting isyarat anda hanya memberikan kesan kepada akaun ini.
Klik menu timbul Peristiwa, Peristiwa Sepanjang Hari dan Hari lahir, kemudian pilih masa isyarat.
Menu timbul Hari Lahir tidak tersedia jika anda tidak menunjukkan kalendar Hari Lahir. Untuk menunjukkan kalendar Hari Lahir, klik Awam, kemudian pilih “Tunjukkan kalendar Hari Lahir.”
Jika anda tidak mahu seting isyarat ini digunakan kepada semua peranti anda, pilih “Gunakan isyarat lalai ini pada komputer ini sahaja”.