Tambah nota, URL, atau fail kepada peristiwa dalam Kalendar pada Mac
Anda boleh menambahkan nota ke peristiwa yang anda cipta—contohnya senarai item agenda. Jika anda menambah nombor telefon kepada nota, kenalan boleh memanggilnya menggunakan iPhone atau Mac mereka (jika ia disediakan untuk membuat panggilan telefon). Anda juga boleh menambah URL ke peristiwa dan anda boleh melampirkan fail, seperti borang janji temu atau dokumen untuk dibincangkan di perjumpaan.
Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.
Dwiklik atau klik paksa peristiwa, kemudian klik Tambah Nota, URL atau Lampiran.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah nota: Klik Tambah Nota, kemudian masukkan nota anda.
Tambah URL: Klik URL, kemudian masukkan alamat web atau URL lain.
Lampirkan fail ke peristiwa: Klik Lampiran, kemudian klik fail untuk dilampirkan. Anda juga boleh seret fail ke tetingkap info jemputan.
Pratonton fail yang dilampirkan: Pilih fail, kemudian tekan bar Space.
Keluarkan fail yang dilampirkan: Pilih fail, kemudian tekan kekunci Delete.