
Gunakan penapis Fokus dalam Kalendar pada Mac
Anda boleh memilih kalendar yang kelihatan dan menghantar pemberitahuan kepada anda, berdasarkan Fokus semasa anda. Contohnya, anda boleh mengesetkan penapis untuk menunjukkan hanya kalendar Kerja anda apabila Fokus Kerja anda aktif.

Setkan penapis Fokus Kalendar
- Pergi ke app Seting Sistem  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik Fokus  dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
- Klik Fokus di sebelah kanan, kemudian klik Tambah Penapis di bawah Penapis Fokus. Lihat Sediakan Fokus. 
- Klik Kalendar, pilih satu atau lebih kalendar, kemudian klik Tambah. 
Nyahaktifkan penapis Fokus Kalendar anda buat sementara
Anda boleh menyahaktifkan penapis Fokus Kalendar buat sementara semasa Fokus aktif.
- Pergi ke app Kalendar  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik Nyahaktifkan bersebelahan Ditapis ikut Fokus. 
- Untuk mengaktifkan semula penapis Fokus Kalendar, klik Aktifkan bersebelahan Penapis Fokus Tidak Aktif. 
Keluarkan penapis Fokus Kalendar
- Pergi ke app Seting Sistem  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik Fokus  dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
- Klik Fokus di sebelah kanan, kemudian klik Tapis Kalendar di bawah Penapis Fokus. 
- Klik Padam Penapis App, kemudian klik Padam Penapis.