Jika anda memadamkan kalendar atau peristiwa iCloud daripada Mac
Jika anda tidak sengaja memadamkan kalendar atau peristiwa iCloud, anda boleh guna iCloud.com untuk memulihkannya, bersama dengan peringatan anda, daripada versi lebih awal yang diarkib secara automatik dalam iCloud. Apabila anda pulihkan versi lebih awal, versi semasa anda diarkib terlebih dahulu dalam iCloud supaya anda boleh tukar fikiran dan kembali padanya.
Nota: Jika anda mempunyai kalendar dikongsi atau senarai peringatan dikongsi, semua maklumat perkongsian dikeluarkan apabila anda memulihkan kalendar dan peringatan. Anda perlu berkongsi kalendar dan senarai peringatan semula dan minta orang lain menjemput anda semula untuk berkongsi kalendar dan senarai peringatan mereka.
Untuk arahan, lihat Pulihkan kenalan, kalendar dan peringatan, atau penanda buku anda dalam Bantuan iCloud.