Setkan isyarat peristiwa dan terima pemberitahuan dalam Kalendar pada Mac
Dapatkan pemberitahuan tentang peristiwa Kalendar yang akan datang dengan mengesetkan satu atau lebih isyarat. Amaran boleh menempatkan pemberitahuan pada skrin anda, hantar e-mel, atau buka fail.
Setkan amaran untuk peristiwa
Dalam app Kalendar pada Mac anda, dwiklik atau klik paksa peristiwa untuk melihat butiran peristiwa, kemudian klik masa peristiwa.
Klik menu timbul Isyarat, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih masa atau hari.
Pilih Masa untuk Bertolak. Pilihan ini hanya digunakan jika anda menambah lokasi. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara masa untuk bertolak dikira, lihat Tambah lokasi.
Pilih Tersuai, kemudian pilih pilihan:
Mesej: Paparkan pemberitahuan pada skrin.
Mesej dengan bunyi: Paparkan pemberitahuan pada skrin dan buat bunyi.
E-mel: Menghantar anda satu e-mel.
Buka fail: Buka fail yang anda pilih.
Untuk menambah isyarat yang lain, letakkan penuding di atas menu timbul Isyarat, kemudian klik butang Tambah .
Anda hanya boleh setkan satu amaran untuk peristiwa Exchange.
Untuk mengeluarkan isyarat, klik menu Isyarat, kemudian pilih Tiada.
Nyahaktifkan amaran untuk kalendar
Dalam app Kalendar pada Mac anda, Control-klik nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Dapatkan Info.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Pilih “Abaikan amaran,” kemudian klik OK.
Tunjukkan atau sembunyikan semua amaran Kalendar
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan.
Klik Kalendar di kiri, kemudian pilih sama ada anda ingin notis jemputan dan amaran peristiwa muncul sebagai sepanduk atau amaran, atau tidak muncul.
Tolak amaran
Apabila amaran muncul, anda boleh sama ada menutupnya atau menolaknya buat sementara.
Dalam app Kalendar pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk tidak melihat amaran lagi, klik Tutup.
Untuk menolak amaran selama 15 minit, klik Tidur.
Untuk menolak isyarat untuk tempoh masa yang lain, klik dan tahan Tidur, kemudian pilih pilihan.