
Tebus Kad Hadiah Apple dalam Buku pada Mac
Jika anda menerima Kad Hadiah Apple, Kad Hadiah iTunes Store, atau kod promosi, anda boleh menggunakannya untuk membeli buku, buku audio dan item lain dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio.
Dalam app Buku pada Mac anda, daftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio jika anda belum mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Klik Ditampilkan (di bawah Kedai Buku atau Kedai Buku Audio) dalam bar sisi.
Di sebelah kanan bawah Pautan Cepat, klik Tebus, kemudian ikuti arahan atas skrin
Anda tidak perlu memasukkan maklumat kad kredit untuk hanya menebus jumlah kad hadiah.
Untuk menyemak baki anda, pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya, daftar masuk (jika perlu), kemudian pergi ke bahagian Akaun Apple ID.
Kad hadiah hanya sah dalam negara atau rantau ia dibeli.