Lihat nombor siri dan versi perisian tegar peranti anda dalam app Beats untuk Android
Dalam app Beats, anda boleh melihat nombor siri dan versi perisian tegar peranti Beats anda.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin untuk peranti anda yang disambungkan, kemudian skrol untuk memaparkan maklumat “Di sebalik tabir”.
Nama dan nombor siri produk dipaparkan.
Petua: Jika fon telinga Beats Fit Pro, Beats Studio Buds, atau Powerbeats Pro anda bersambung, mengetik nombor siri memaparkan nombor siri earbud kiri; mengetik lagi memaparkan nombor siri earbud kanan.
Sesetengah ciri app Beats mungkin tidak tersedia sehingga perisian tegar peranti anda dikemas kini. Jika kemas kini perisian tegar tersedia, butang kemas kini dipaparkan dalam skrin peranti. Ketik butang Kemas Kini, kemudian ikut arahan atas skrin untuk mengemas kini fon kepala, fon telinga, atau speaker Beats anda.