Baharu dalam Beats 2.5 untuk Android
Beats 2.5 memperkenalkan sokongan untuk fon telinga wayarles sebenar Beats Fit Pro, yang diperincikan di bawah.
Sokongan Beats Fit Pro
Sambungkan fon telinga Beats Fit Pro anda ke app Beats untuk melaksanakan ujian pemuatan tip telinga, memantau paras bateri, menukar tindakan tekan dan tahan, atau mengawal pembatalan bunyi dan ketelusan.
Panduan ciri Beats Fit Pro
Ketik butang Teroka pada skrin peranti dalam app Beats untuk mengetahui tentang ciri fon telinga Beats Fit Pro anda, termasuk cara menogol antara mod Pembatalan Bunyi Aktif dan Ketelusan serta cara memainkan, menjeda dan melangkau. Lihat Teroka ciri peranti anda dalam app Beats untuk Android.
Konfigurasi mikrofon fon telinga Beats
Gunakan app Beats untuk menetapkan mikrofon aktif pada fon telinga Beats Fit Pro atau Powerbeats Pro ke bud telinga kiri atau kanan. Anda juga boleh mengesetkan mikrofon untuk bertukar antara bud telinga kiri dan kanan secara automatik (contohnya, jika anda mahu menggunakan bud telinga tunggal). Lihat Setkan mikrofon aktif pada fon telinga anda dalam app Beats untuk Android.