Kuatkan bunyi anda dengan app Beats untuk Android
App Beats membolehkan anda menambah speaker Pill+ kedua dan mainkan secara serentak dari kedua-dua speaker untuk dua kali ganda bunyi.
Cipta kumpulan Kuatkan
Sebelum mencipta kumpulan Kuatkan, pastikan speaker Pill+ pertama dihidupkan dan disambungkan ke telefon Android anda.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Pill+, kemudian ketik Kuatkan .
Jika kumpulan speaker Kuatkan atau Stereo tidak dicipta sebelum ini, app akan mencari speaker kedua.
Nota: Jika anda sedang mainkan muzik, main balik mungkin terjeda sehingga kumpulan Kuatkan dicipta.
Pastikan speaker kedua dihidupkan dan boleh ditemui.
Butang pada speaker berdenyut menandakan Beats Pill+ dalam mod penemuan, sedia untuk dipasangkan. Jika ia tidak berdenyut, tekan selama 3 saat untuk memulakan mod penemuan.
Dalam skrin Pilih Pill+, ketik nama speaker yang anda mahu tambah ke kumpulan Kuatkan.
Kumpulan Kuatkan dicipta.
Laras kelantangan speaker kumpulan Kuatkan
Dalam app Beats untuk Android, anda boleh laraskan kelantangan setiap speaker dalam kumpulan Kuatkan secara berasingan atau serentak.
Laras kelantangan setiap speaker secara berasingan: Seret gelangsar kelantangan ke kiri atau ke kanan.
Kawalan kelantangan hanya tersedia semasa trek dimainkan.
Anda juga boleh melaraskan kelantangan setiap speaker menggunakan butang kawalan kelantangan pada setiap speaker Pill+.
Laras kelantangan kedua-dua speaker secara serentak: Gunakan butang kelantangan pada telefon Android dipasangkan anda atau kawalan kelantangan atas skrin dalam app muzik anda. Kedua-dua speaker mengubah kelantangan pada kadar yang sama. Jika satu speaker disetkan ke kelantangan lebih rendah, kelantangan berubah secara berkadaran.
Nyahdaya kumpulan Kuatkan
Dalam skrin peranti speaker dalam app Beats untuk Android, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Kuatkan .
Ketik Putuskan Kumpulan.
Dalam kad yang muncul, ketik “Putuskan kumpulan”.
Output kembali ke speaker pertama dipasangkan.
Anda tidak boleh guna mod Kuatkan dan mod tersedia lain (DJ dan Stereo) pada masa yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat DJ senarai main dengan app Beats untuk Android dan Cipta pasangan stereo dengan app Beats untuk Android.