Cari peranti menggunakan Cari Beats Saya dalam app Beats untuk Android
Setiap kali anda bersambung atau memutuskan sambungan fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ Beats anda ke peranti Android anda, app Beats merekodkan lokasi peranti Android anda. Jika peranti Beats anda hilang, anda boleh menggunakan Cari Beats Saya untuk memaparkan lokasi sambungan terbaharu pada peta.
Untuk mencari peranti, anda mesti menambah peranti ke app Beats dan memberikan keizinan lokasi kepada app—sebelum peranti hilang.
Benarkan app Beats mengakses lokasi peranti anda
Jika anda telah membenarkan keizinan lokasi app Beats sebelum ini, langkau ke tugas seterusnya, Cari peranti menggunakan Cari Beats Saya.
Dalam app Beats untuk Android, ketik , kemudian ketik Cari Beats Saya.
Dalam tetingkap yang kelihatan, ketik Keizinan Lokasi.
Ketik Keizinan, ketik Dibenarkan, kemudian pilih “Benarkan sepanjang masa”.
Jika anda memilih “Hanya semasa menggunakan app” atau “Tolak”, app Beats tidak boleh merekodkan lokasi peranti Android anda apabila anda bersambung atau memutuskan sambungan peranti Beats anda.
Nota: Pilihan menu keizinan mungkin berbeza-beza pada peranti Android yang berbeza.
Cari peranti menggunakan Cari Beats Saya
Dalam app Beats untuk Android, ketik , kemudian ketik Cari Beats Saya.
Ketik peranti Beats untuk melihat lokasi pada peta tempat peranti terakhir disambungkan ke peranti Android anda.
Jika anda memasang semula app Beats atau mengosongkan cache atau data app dalam Tetapan Android, anda akan perlu menambah peranti anda ke app dan memberi keizinan lokasi kepada app sebelum menggunakan Cari Beats Saya.