Setkan mikrofon aktif pada fon telinga anda dalam app Beats untuk Android
Pada fon telinga Beats Fit Pro atau Powerbeats Pro, anda boleh mengesetkan mikrofon bud telinga yang aktif. Anda juga boleh mengesetkan mikrofon untuk bertukar kepada bud telinga yang lain secara automatik apabila anda mengeluarkan bud telinga.
Dalam app Beats untuk Android, ketik , kemudian ketik Beats Saya untuk memaparkan skrin peranti.
Skrol ke bawah ke Mikrofon, ketik Automatik, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Tukar Bud Secara Automatik untuk menukar mikrofon antara bud telinga kiri dan kanan secara automatik apabila anda mengeluarkan bud telinga.
Ketik Sentiasa Bud Kiri untuk menetapkan mikrofon pada bud telinga kiri.
Ketik Sentiasa Bud Kanan untuk menetapkan mikrofon pada bud telinga kanan.