Ubah suai seting app Beats untuk Android
Gunakan menu app untuk bersambung ke peranti Beats lain dengan cepat, menukar seting app Beats, meneroka produk Beats dan mengakses panduan pengguna app.
Dalam app Beats untuk Android, ketik , kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Tambah Beats Baru: Memaparkan skrin Pilih Beats anda, yang menyenaraikan peranti Beats yang anda telah tambahkan—atau boleh ditambah—ke app. Lihat Tambah lebih banyak peranti Beats ke app.
Seting App: Memaparkan skrin seting app Beats, yang mengandungi maklumat versi, tanda dagangan, undang-undang, pelesenan dan privasi. Seting app juga termasuk akses lokasi serta seting analitis dan privasi.
Teroka Beats: Memaparkan maklumat tentang fon telinga, fon kepala, atau speaker Beats. Anda boleh mengetik Lihat Selanjutnya untuk melihat maklumat produk terperinci di www.beatsbydre.com.
Bantuan: Buka Panduan Pengguna Beats pada https://support.apple.com/en-my.