Kawal pembatalan bunyi dan ketelusan pada fon telinga atau fon kepala anda dalam app Beats untuk Android
Fon telinga Beats Fit Pro, fon telinga Beats Studio Buds dan fon kepala Beats Solo Pro menampilkan mod Pembatalan Bunyi Aktif dan Ketelusan. Fon kepala Beats Studio3 juga menampilkan pembatalan bunyi.
Mod Pembatalan Bunyi Aktif menyekat bunyi luaran seperti bunyi jalanan atau suara orang, manakala mod Ketelusan membolehkan anda mendengar persekitaran anda. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan seting ini dalam app Beats.
Nota: Anda juga boleh melaraskan tindakan tekan dan tahan pada fon telinga Beats Fit Pro atau Beats Studio Buds anda untuk menukar bud telinga yang mengawal pembatalan bunyi serta ketelusan dan bud telinga yang mengaktifkan pembantu suara.
Aktifkan atau nyahaktifkan pembatalan bunyi
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Beats Fit Pro, Beats Studio Buds, Beats Solo Pro, atau Beats Studio3.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Ketik untuk mengaktifkan pembatalan bunyi.
Ketik untuk menyahaktifkan pembatalan bunyi.
Petua: Untuk membenarkan fon telinga Beats Fit Pro anda menggunakan pembatalan bunyi apabila menggunakan hanya satu bud telinga, skrol ke bawah ke “Pembatalan Bunyi dengan Satu Bud Telinga”, kemudian ketik suis untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Aktifkan atau nyahaktifkan ketelusan
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Beats Fit Pro, Beats Studio Buds, atau Beats Solo Pro.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Ketik untuk mengaktifkan ketelusan.
Ketik untuk menyahaktifkan ketelusan.
Nota: Mod Ketelusan tidak tersedia pada fon kepala Beats Studio3.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembatalan bunyi aktif, lihat artikel Sokongan Apple Perihal pembatalan bunyi dan pengasingan bunyi Beats.