Tambah JavaScript ke aliran kerja
Selain daripada AppleScript, Automator menyokong JavaScript untuk Automasi, yang membolehkan anda mencipta automasi menggunakan JavaScript. Anda boleh menggunakan tindakan Jalankan JavaScript untuk menambah JavaScript ke aliran kerja Automator anda.
Skrip JavaScript boleh berinteraksi dengan tindakan lain dalam aliran kerja anda. Ia dapat menerima input daripada tindakan sebelumnya, dan kembalikan hasil kepada tindakan berikutnya.
Klik Tindakan di sudut bawah kiri tetingkap Automator, kemudian pilih Utiliti dalam Pustaka.
Seret tindakan Jalankan JavaScript ke dalam aliran kerja anda.
Anda boleh edit, kompil, dan menguji skrip anda terus dalam tindakan, atau anda boleh membangunkan JavaScript anda dalam Editor Skrip.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JavaScript, pergi ke JavaScript untuk Automasi.