Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Papar hasil tindakan
Anda boleh melihat butiran tindakan tunggal dalam kawasan Hasil tindakan. Ini membenarkan anda melihat apa yang berlaku apabila anda menjalankan aliran kerja, dan membantu dalam penyelesaian sebarang masalah yang mungkin berlaku. Automator juga termasuk tindakan Lihat Hasil yang memaparkan hasil daripada tindakan sebelumnya.
Lihat hasil untuk tindakan tunggal: Klik Hasil di sudut kiri bawah tindakan, kemudian klik Jalankan.
Lihat hasil untuk tindakan sebelumnya: Seret tindakan Lihat Hasil daripada kategori Utiliti ke aliran kerja, menempatkannya selepas tindakan yang anda ingin semak, kemudian klik Jalankan.