Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cipta aliran kerja menggunakan fail yang dipilih pada Mac
Jika anda mencipta banyak aliran kerja, anda boleh set keutamaan papan kekunci untuk membenarkan anda mencipta aliran kerja dengan cepat daripada fail yang dipilih menggunakan menu pintasan.
Tambah perintah ke menu pintasan
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Pintasan.
Dalam lajur pertama, klik Perkhidmatan.
Di sebelah kanan, di bawah Pembangunan, pilih Cipta Aliran Kerja.
Cipta aliran kerja daripada fail yang dipilih
Dalam Finder, pilih fail yang anda ingin gunakan dalam aliran kerja anda.
Tekan dan tahan kekunci Control, klik satu daripada fail yang dipilih untuk menunjukkan menu pintasan kemudian pilih Cipta Aliran Kerja.
Aliran kerja baru dicipta di Automator dan fail yang dipilih ditentukan dalam tindakan yang pertama.