Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika aliran kerja anda tidak berfungsi dalam Automator pada Mac
Apabila anda menjalankan aliran kerja dalam Automator, peristiwa dipaparkan dalam bahagian Log di bahagian bawah tetingkap aliran kerja.
Anda boleh menggunakan log untuk menganalisis peristiwa ini dan mendiagnosis masalah selepas aliran kerja berjalan. Mesej amaran dan ralat muncul dalam kawasan Log.
Anda boleh juga menggunakan tindakan Lihat Hasil untuk membantu menyelesaikan masalah aliran kerja anda. Tindakan ini menunjukkan maklumat hasil yang disampaikan daripada tindakan yang sebelumnya. Anda boleh meletakkan tindakan ini selepas sebarang tindakan dalam aliran kerja buat sementara waktu untuk melihat maklumat yang berjalan melalui aliran kerja pada masa itu.