
Kawal akses ke rangkaian Wi-Fi anda dalam Utiliti AirPort pada Mac
Apabila anda menggunakan Pembantu Persediaan Utiliti AirPort untuk menyediakan stesen pangkalan baharu atau meluaskan rangkaian anda yang sedia ada, ia konfigurasi seting terbaik untuk rangkaian anda secara automatik. Anda boleh mengesetkan masa dan hari apabila komputer boleh mengakses rangkaian Wi-Fi anda, begitu juga apabila pengguna boleh mengakses rangkaian untuk menggunakan internet, berkongsi fail atau bermain permainan.
Buka app Utiliti AirPort
pada Mac anda, terletak dalam folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
Dalam gambaran keseluruhan grafik, pilih stesen pangkalan yang anda mahu konfigurasi, kemudian klik Edit. Anda mungkin perlu masukkan kata laluan untuk stesen pangkalan.
Klik Rangkaian, pilih Dayakan Kawalan Akses, kemudian klik butang Kawalan Akses Bermasa.
Untuk mengubah suai kelakuan lalai bagi sebarang pengguna yang menyertai rangkaian, pilih item Tanpa Had (lalai) dalam senarai Klien Wayarles dalam dialog yang kelihatan, kemudian gunakan menu timbul dalam kawasan Masa Akses Wayarles untuk memilih hari atau set hari dan tempoh masa.
Anda boleh menambah masa tambahan dengan mengklik butang Tambah
di bawah kawasan Masa Akses Wayarles.
Untuk menyediakan masa akses unik bagi klien wayarles tertentu, klik butang Tambah
di bawah senarai Klien Wayarles, tekan kekunci Tab, masukkan perihalan dan alamat MAC dalam medan di bawah senarai, kemudian gunakan menu timbul dalam kawasan Masa Akses Wayarles untuk memilih hari atau set hari dan tempoh masa.
Tambah masa tambahan dengan mengklik butang Tambah
di bawah senarai Masa Akses Wayarles.
Klik Simpan untuk simpan perubahan anda dan tutup dialog, kemudian klik Kemas Kini untuk simpan perubahan.