
Sediakan stesen pangkalan baharu menggunakan Utiliti AirPort pada Mac
Anda boleh menyediakan stesen pangkalan baharu menggunakan Utiliti AirPort pada Mac, iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Sambung stesen pangkalan ke modem anda secara fizikal
Sambung kord kuasa ke port Kuasa
pada stesen pangkalan anda, kemudian pasangkan kord kuasa ke dalam salur keluar dinding.
Sambung kabel Ethernet ke port WAN
pada stesen pangkalan anda, kemudian pasangkannya ke dalam DSL atau modem kabel anda.
Nota: Jika anda tidak menggunakan modem, atau bersambung secara berlainan, dapatkan arahan sambungan daripada ISP anda.
Pilih stesen pangkalan
Pada Mac anda, klik ikon Wi-Fi
dalam bar menu, kemudian pilih stesen pangkalan yang disenaraikan di bawah Stesen Pangkalan AirPort Baharu.
Ikuti arahan pada skrin.
Pembantu persediaan memilih seting berdasarkan rangkaian anda secara automatik.
Jika tiada rangkaian ditemui: Pembantu persediaan mencipta rangkaian baharu.
Jika rangkaian telah disediakan: Pembantu persediaan meluaskan rangkaian sedia ada. Lihat Luaskan rangkaian Wi-Fi sedia ada.
Jika anda mahu sediakan rangkaian anda menggunakan seting berlainan, klik Pilihan Lain.
Sediakan stesen pangkalan menggunakan iPhone, iPad, atau iPod touch anda
Muat turun Utiliti AirPort untuk iPhone, iPad atau iPod touch.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > Wi-Fi, kemudian ketik nama stesen pangkalan anda (sebagai contoh, “AirPort Extreme 0affff”) yang disenaraikan di bawah “Sediakan stesen pangkalan AirPort baharu”.
Ikuti arahan pada skrin.
Pembantu persediaan memilih seting berdasarkan rangkaian anda secara automatik.
Jika tiada rangkaian ditemui: Pembantu persediaan mencipta rangkaian baharu.
Jika rangkaian telah disediakan: Pembantu persediaan meluaskan rangkaian sedia ada. Lihat Luaskan rangkaian Wi-Fi sedia ada.
Jika anda mahu sediakan rangkaian anda menggunakan seting berlainan, ketik Pilihan Lain.
Jika anda mempunyai arahan konfigurasi daripada ISP, atau hanya mahu mengkonfigurasi sambungan internet dan Wi-Fi anda sendiri, anda boleh bersambung ke internet menggunakan DHCP, alamat IP statik atau PPPoE.
Selepas anda melengkapkan proses persediaan, anda mempunyai pilihan tambahan untuk konfigurasi rangkaian anda. Sebagai contoh, anda boleh: