Setkan komputer hos lalai
Anda boleh setkan komputer hos lalai pada rangkaian anda yang didedahkan ke Internet dan menerima semua trafik yang masuk. Hos lalai mungkin berguna jika anda menggunakan komputer pada rangkaian AirPort untuk memainkan permainan rangkaian atau ingin membuka sebarang trafik Internet anda yang masuk ke komputer tunggal.
Buka Utiliti AirPort, yang terletak di folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
Dalam gambaran keseluruhan grafik, pilih stesen pangkalan yang anda mahu konfigurasi, kemudian klik Edit. Anda mungkin perlu masukkan kata laluan untuk stesen pangkalan.
Klik Rangkaian, kemudian sahkan yang “DHCP dan NAT” dipilih dalam menu timbul Mod Penghala. Hos lalai hanya boleh dikonfigurasi apabila stesen pangkalan bertindak sebagai penghala NAT.
Klik butang Pilihan Rangkaian berdekatan bawah anak tetingkap. Dalam dialog yang muncul, pilih “Dayakan hos lalai pada,” kemudian masukkan alamat IP komputer yang anda ingin sediakan sebagai hos lalai.
Penting: Semasa persediaan, Pembantu Persediaan Utiliti AirPort menentukan sama ada “Dayakan Pengintipan IGMP,” “Sekat sambungan IPv6 masuk,” “Benarkan terowong Teredo,” dan “Benarkan kemasukan pengesahan IPSec” sepatutnya diaktifkan atau dinyahaktifkan. Jangan ubah suai seting ini melainkan anda diarahkan berbuat demikian oleh ISP atau pentadbir rangkaian anda.
Klik Simpan untuk menutup dialog, kemudian klik Kemas Kini untuk menyimpan perubahan.