Akses stesen pangkalan anda menggunakan Kembali ke Mac Saya
Anda boleh menggunakan Kembali ke Mac Saya untuk akses stesen pangkalan anda untuk memantau rangkaian atau membuat perubahan ke seting stesen pangkalan. Anda juga boleh akses cakera keras terbina dalam AirPort Time Capsule atau cakera keras USB luaran disambungkan ke AirPort Extreme atau AirPort Time Capsule.
Sebelum anda mulakan proses persediaan, pastikan yang anda sedia untuk menggunakan Kembali ke Mac Saya. Untuk mendapatkan maklumat, lihat Gunakan Kembali ke Mac Saya dan artikel Sokongan Apple Sediakan dan gunakan Kembali ke Mac Saya.
Buka Utiliti AirPort, yang terletak di folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
Dalam gambaran keseluruhan grafik, pilih stesen pangkalan yang anda mahu konfigurasi, kemudian klik Edit. Anda mungkin perlu masukkan kata laluan untuk stesen pangkalan.
Klik Stesen Pangkalan, kemudian klik butang Tambah di bawah senarai Kembali ke Mac Saya.
Masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Anda boleh menambah Apple ID dan kata laluan secara pilihan.
Apabila anda telah selesai, klik Kemas Kini untuk menyimpan perubahan anda.