Panduan Pengguna Apple School Manager
- Selamat Datang
-
-
- Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Microsoft Azure AD
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan pembekal identiti anda
- Selesaikan konflik Apple ID
- Dapatkan pemberitahuan tentang konflik nama pengguna
- Tukar maklumat domain pengguna
- Pindahkan perkhidmatan Apple apabila menyepadukan
-
- Integrasikan SIS anda
-
- Sejarah semakan dokumen
- Copyright
Selesaikan konflik Apple ID dalam Apple School Manager
Domain atau nama domain (seperti yang diketahui umum) ialah nama yang merujuk kepada organisasi yang lebih besar dan bukan ahli individu. Nama domain adalah berdaftar dan mestilah unik secara sejagat.
Apabila anda mengkonfigurasi pengesahan penyepaduan, Apple School Manager menyemak untuk mengetahui sama ada nama domain anda memang telah menjadi sebahagian daripada sebarang Apple ID sedia ada:
Apple ID: Jika individu lain menggunakan Apple ID yang mengandungi domain yang anda ingin gunakan, nama pengguna Apple ID tersebut boleh dituntut semula daripada pengguna supaya anda boleh menggunakannya.
Apple ID Terurus: Jika organisasi berbeza mempunyai Apple ID Terurus dalam domain yang anda ingin gunakan, Apple akan menyiasat pemilikan domain dan memberitahu anda apabila penyiasatan selesai. Jika lebih daripada satu organisasi mempunyai tuntutan sah terhadap domain tersebut, tiada organisasi boleh menyepadukannya.