Urus pengguna sedia ada dalam Apple School Manager
Anda boleh mengurus pengguna sedia ada dalam Apple School Manager, seperti mengedit maklumat akaun mereka untuk menukar nama pengguna. Bergantung pada peranan, anda boleh melakukan perkara seperti mereset kata laluan Akaun Apple Terurus pengguna dan menghantar kata laluan sementara yang baharu kepada mereka supaya mereka boleh mendaftar masuk. Anda juga boleh menyahaktifkan, mengaktifkan semula atau memadamkan pengguna.
Nyahaktifkan akaun pengguna
Anda boleh menyahaktifkan akaun pengguna supaya pengguna yang dipilih tidak dapat menggunakan Akaun Apple Terurus untuk mendaftar masuk. Jika akaun pengguna dicipta secara manual dalam keadaan dinyahaktifkan selama lebih 30 hari, akaun akan dipadamkan secara automatik.
Akaun pengguna yang dicipta melalui penyepaduan dengan Sistem Maklumat Pelajar (SIS) atau dimuat naik menggunakan SFTP akan dipadamkan secara automatik 120 hari selepas akaun dinyahaktifkan, melainkan:
Pengguna mempunyai peranan yang membeli app atau buku secara pukal.
Pengguna dipadamkan secara manual sebelum had 120 hari.
Aktifkan semula akaun pengguna
Anda boleh mengaktifkan semula akaun pengguna supaya pengguna yang dipilih boleh menggunakan Akaun Apple Terurus mereka semula.
Padam akaun pengguna
Anda boleh memadamkan akaun pengguna yang dicipta secara manual; namun, akaun yang aktif mestilah dinyahaktifkan dahulu. Jika pengguna tidak pernah mendaftar masuk menggunakan Akaun Apple Terurus, akaun tersebut tidak aktif dan boleh dipadamkan.
Untuk melihat akaun yang boleh dinyahaktifkan, diaktifkan semula atau dipadamkan, lihat Status pengguna.
Edit maklumat pengguna
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit
, kemudian pilih perkara yang ingin anda edit.
Penting: Jika pengguna telah diimport daripada Sistem Maklumat Pelajar (SIS) atau SFTP anda, edit Akaun Apple Terurus, peranan atau kata laluan pengguna itu sahaja. Jika tidak, perubahan akaun untuk akaun yang dibuat secara manual dan kemas kini SIS/SFTP maklumat pengguna itu tidak lagi dapat dilakukan.
Pilih Simpan.
Nyahaktifkan pengguna tunggal
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai, pilih butang Lagi
, kemudian pilih butang Nyahaktifkan Akaun
.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau pilih Tutup untuk menutup tetingkap.
Nyahaktifkan berbilang pengguna
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Tukar di sebelah Tukar Status Akaun.
Pilih Nyahaktifkan daripada menu timbul, kemudian pilih Teruskan.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau pilih Tutup untuk menutup tetingkap.
Aktifkan semula pengguna tunggal
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai, klik butang Lagi
, kemudian pilih butang Aktifkan Semula Pengguna
.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau pilih Tutup untuk menutup tetingkap.
Aktifkan semula berbilang pengguna
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Tukar di sebelah Tukar Status Akaun.
Pilih Aktifkan semula daripada menu timbul, kemudian pilih Teruskan.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau pilih Tutup untuk menutup tetingkap.
Padamkan pengguna tunggal yang dinyahaktifkan
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Padam
.
Pastikan anda ingin memadamkan akaun tersebut. Tindakan ini tidak boleh dibuat asal.
Pilih Padam.
Anda boleh menunggu sehingga aktiviti selesai, melihat aktiviti atau pilih Tutup untuk menutup tetingkap.
Padam berbilang pengguna yang dinyahaktifkan
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Tukar di sebelah Tukar Status Akaun.
Pilih Padam daripada menu timbul, kemudian pilih Teruskan.