Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan app iPhone dan iPad pada Mac dengan Apple silicon
Dalam Mac App Store, app iPhone dan iPad yang berfungsi pada komputer Mac dengan Apple silicon dilabel dengan Direka bentuk untuk iPhone atau Direka bentuk untuk iPad. Sebarang app iPhone atau iPad yang anda beli yang berfungsi pada Mac anda dengan Apple silicon ditunjukkan apabila anda melihat app dibeli anda dalam App Store.
Apabila menggunakan satu daripada app ini pada Mac, anda boleh menggunakan alternatif sentuhan untuk berinteraksi dengan app—sebagai contoh, tekan dan tahan kekunci Option untuk menggunakan trackpad sebagai skrin sentuh maya. Untuk mengaktifkan alternatif bagi app, pilih [App] > Seting. Anda boleh melihat alternatif yang tersedia untuk app dengan mengklik tab.