Lihat penggunaan tenaga
Gunakan anak tetingkap Tenaga dari tetingkap Monitor Aktiviti untuk melihat penggunaan tenaga Mac anda. Anda boleh memantau penggunaan keseluruhan tenaga dan melihat butiran tentang penggunaan tenaga bagi setiap app.
Buka Monitor Aktiviti untuk saya
Klik Tenaga dalam tetingkap Monitor Aktiviti (atau gunakan Touch Bar).
Untuk membuat lebih lajur kelihatan, pilih Lihat > Lajur.
Penggunaan tenaga dari app individu dan prosesnya dipaparkan di bahagian atas tetingkap Monitor Aktiviti.
Kesan Tenaga: Ukuran relatif bagi penggunaan tenaga semasa untuk app (lebih rendah lebih baik).
Purata Kesan Tenaga: Skor purata kesan tenaga untuk 8 jam terdahulu (lebih rendah lebih baik).
App Nap: App Nap aktif untuk app ini.
Memerlukan GPU Pres Tinggi: Sama ada app memerlukan kad grafik berprestasi tinggi.
Menghalang Tidur: Sama ada app ini mencegah Mac anda daripada tidur.
Bawah tetingkap menunjukkan maklumat berkenaan penggunaan tenaga anda secara keseluruhan. Jika anda mempunyai Mac mudah alih, anda akan melihat maklumat tambahan yang berkaitan dengan baterinya.
Semua komputer Mac
Kesan Tenaga: Kesan tenaga digabungkan lebih masa.
Kad Grafik (Berbilang kad grafik): Jenis kad grafik yang digunakan, jika terdapat berbilang kad grafik dipasang. Kad berprestasi lebih tinggi memerlukan lebih tenaga.
Komputer mudah alih Mac
Caj tertinggal: Peratusan baki caj bateri.
Masa sehingga penuh (dipasang masuk): Jumlah masa Mac anda mesti dipasang masuk ke dalam salur keluar kuasa AC sehingga bateri dicas sepenuhnya.
Masa pada AC (dipasang masuk): Masa yang terpakai dari masa Mac anda telah dipasang masuk ke dalam salur keluar AC.
Masa tertinggal (dicabut): Jumlah yang dianggarkan bagi baki masa bateri.
Masa pada bateri (dicabut): Jumlah masa yang terpakai dari masa Mac anda telah dipasang masuk ke dalam salur keluar AC.
Bateri (12 jam lepas): Aras cas bateri dalam tempoh 12 jam terakhir.