Lihat aktiviti CPU
Pada kebanyakan masa, pemproses pada Mac anda hanya menggunakan peratusan yang kecil dari kuasa pemprosesannya. Apabila anda menggunakan app yang memerlukan pengiraan intensif, pemproses menggunakan lebih banyak keupayaannya.
Buka Monitor Aktiviti untuk saya
Untuk melihat aktiviti pemproses merentas masa, klik CPU dalam tetingkap Monitor Aktiviti (atau gunakan Touch Bar). Peratusan berikut muncul di bawah tetingkap Monitor Aktiviti:
Sistem: Peratusan keupayaan CPU yang digunakan oleh proses yang dimiliki oleh macOS.
Pengguna: Peratusan keupayaan CPU yang digunakan oleh app yang anda buka, atau oleh proses yang dibuka oleh app tersebut.
Melahu: Peratusan keupayaan CPU yang tidak digunakan.
Untuk melihat aktiviti pemproses semasa, pilih Tetingkap > Penggunaan CPU.
Untuk melihat aktiviti pemproses terbaru, pilih Tetingkap > Sejarah CPU.
Untuk membuat lebih lajur kelihatan, pilih Lihat > Lajur.