Gunakan Editor Panel
Jika anda menggunakan Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian, anda boleh menggunakan Editor Panel untuk menambah panel tersuai ke koleksi panel Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian, untuk memperkemas tugas dan tindakan biasa untuk app berbeza pada Mac anda. Anda juga boleh menggunakan panel tersebut pada Mac lain, atau kongsikan dengan pengguna Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Panel boleh mengandungi butang dan kumpulan butang. Anda boleh setkan pilihan yang mengawal penampilan item, tindakan yang dilakukan item dan, dalam sesetengah kes, bagaimana anda alihkan daripada satu item ke yang lain. Pilihan yang anda setkan berbeza bergantung pada sama ada panel digunakan dengan Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencipta panel, lihat Setkan pilihan dalam Editor Panel.
Nota: Apabila anda mengedit panel dalam koleksi panel Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian, pastikan untuk menyimpan perubahan anda untuk menjadikannya tersedia dalam Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Buka Editor Panel
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Klik Kawalan Suis.
Klik Papan Kekunci, kemudian Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Klik Editor Panel.
Tetingkap Koleksi Panel Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian terbuka, menunjukkan panel yang tersedia pada Mac anda.
Jika tetingkap koleksi tidak ditunjukkan, pilih Fail > Buka Koleksi Panel Kawalan Suis atau Fail > Buka Koleksi Panel Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Tambah dan bekerja dengan panel
Tambah panel: Dalam tetingkap koleksi panel, klik butang Tambah Panel pada bar alat atau pilih Edit > Tambah Panel, kemudian pilih jenis panel. Anda boleh memilih dan mengubah suai templat yang sedia ada atau pilih Kosongkan untuk mencipta panel baru daripada permulaan.
Apabila anda menambah panel papan kekunci, medan cadangan menaip dan butang kawalan sistem tidak disertakan; ianya akan ditunjukkan secara automatik apabila anda menggunakan panel. Anda boleh menambah medan cadangan menaip pada panel; jika anda lakukan, medan anda hanya akan ditunjukkan apabila anda menggunakan panel tersebut.
Import panel: Pilih Fail > Import Panel, kemudian pilih fail.
Salin panel: Dalam tetingkap tersebut, pilih panel, pilih Edit > Salin, kemudian pilih Edit > Tampal.
Nama semula panel: Dalam tetingkap tersebut, pilih panel, klik namanya, kemudian taip nama baru.
Padamkan panel: Dalam tetingkap tersebut, pilih panel, kemudian tekan kekunci Padam atau pilih Edit > Padam.
Kongsi koleksi panel
Dalam Editor Panel, pilih Fail > Duplikasi.
Tetingkap baru muncul dengan salinan koleksi panel. Jika anda tidak mahu berkongsi semua panel dalam koleksi, padam panel daripada duplikasi.
Pilih Fail > Alih Ke, ubah nama fail jika anda mahu, pilih lokasi sasaran, kemudian klik Simpan.
Dalam Finder, pilih fail, klik butang Kongsi di dalam bar alat Finder, kemudian pilih bagaimana untuk kongsi, seperti dengan e-mel.
Anda boleh mencipta koleksi panel baru untuk diberikan kepada orang lain. Pilih Fail > Koleksi Panel Baru, kemudian dalam tetingkap koleksi baru, pilih Fail > Simpan, atau klik Tanpa Tajuk di bahagian atas tetingkap untuk menamakan dan menyimpan fail.