Keutamaan Papan Kekunci Kebolehcapaian
Gunakan anak tetingkap Papan Kekunci Kebolehcapaian daripada Keutamaan Sistem Papan Kekunci Kebolehcapaian untuk mendayakan dan setkan pilihan untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian, serta setkan pilihan untuk Inap.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Buka anak tetingkap Papan Kekunci Kebolehcapaian untuk saya
Pilihan Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan untuk menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian, papan kekunci atas skrin yang membolehkan anda menaip dan berinteraksi tanpa menggunakan papan kekunci fizikal.
Dayakan Papan Kekunci Kebolehcapaian | Papar dan gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian. Untuk gunakan Editor Panel untuk mencipta panel tersuai yang tersedia daripada Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik Editor Panel. |
Pudarkan panel selepas tidak aktif | Selepas tempoh tidak aktif tertentu, pudarkan papan kekunci dengan peratusan yang ditentukan (pada paras peratusan yang lebih rendah papan kekunci lebih kelihatan, sementara pada paras peratusan lebih tinggi ianya kurang kelihatan; pada 100% ia tersembunyi). Untuk membuat papan kekunci dilihat sepenuhnya semula, alihkan penuding menerusi papan kekunci yang pudar atau, jika ianya tersembunyi, alihkan penuding. Pilihan ini berguna apabila anda tidak memerlukan papan kekunci buat seketika, seperti apabila menonton filem, atau apabila anda mahu melihat sebahagian desktop yang berada di bawah papan kekunci. |
Mainkan bunyi kekunci | Buatkan kekunci (kecuali kekunci Caps) berbunyi apabila dipilih. |
Kunci patut dimasukkan pada | Input dimasukkan atau tindakan diambil pada Tetikus ke atas atau Tetikus ke bawah. |
Sudut Pantas | Setkan tindakan yang terjadi apabila anda menyimpan penuding di penjuru skrin. Klik menu timbul untuk penjuru, kemudian pilih tindakan, seperti Klik Kiri. Apabila anda menggunakan penjuru pantas untuk menunjukkan Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel tersuai, anda boleh memilih untuk mengalihkannya ke penjuru pantas atau kekal di lokasi semasanya. Jika anda tidak mahu ia beralih ke penjuru pantas, nyahpilih “Benarkan Panel untuk Mengikut Sudut Pantas Dicetuskan.” Apabila anda selesai mengesetkan penjuru pantas, klik OK. |
Pilihan Inap | Setkan pilihan untuk Inap (apabila anda tahan penuding di atas item untuk kadar masa yang ditetapkan tanpa mengalihkannya). Inap berguna apabila anda menggunakan teknologi penjejakan kepala atau mata. |
Pilihan inap
Setkan pilihan Inap yang menentukan bila untuk menunjukkan menu tindakan Inap, tindakan yang mana untuk dilaksanakan apabila anda menginap pada item, berapa lama untuk menginap pada item dan banyak lagi.
Tunjukkan tindakan inap dalam panel | Tunjukkan butang untuk tindakan inap merentasi di bahagian atas Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai. |
Tunjukkan tindakan inap dalam bar menu | Tunjukkan menu status untuk tindakan inap dalam bar menu. |
Sentiasa inap dalam panel | Sentiasa gunakan Inap untuk memilih item dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai, walaupun Jeda dipilih dalam bar menu atau menu Pilihan. Klik kiri adalah tindakan lalai apabila menginap dalam panel. |
Zum selepas | Tunjukkan tetingkap zum selepas penuding melahu untuk jumlah masa yang ditentukan. Tetingkap perbesarkan kawasan yang anda inapkan dan penuding. Saiz tetingkap zum ialah berdasarkan saiz yang disetkan untuk zum gambar-dalam-gambar. Untuk menyemak seting tersebut, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Zum. Buka anak tetingkap Zum untuk saya Dalam anak tetingkap, klik menu timbul gaya Zum, pilih "Gambar-dalam-gambar," klik Pilihan, kemudian laraskan saiznya. Nota: Elakkan menukar seting lain dalam anak tetingkap Zum; ia boleh mengganggu tetingkap zum Inap. |
Sembunyikan penunjuk masa inap | Sembunyikan penuding inap dan kira detik semasa menginap. |
Tindakan inap | Pilih tindakan lalai untuk dilaksanakan apabila anda inap pada item—contohnya klik kanan, tunjukkan Menu Skrol, atau seret dan lepas item. Atau pilih untuk menunjukkan menu Pilihan yang membenarkan anda bertukar antara tindakan untuk penggunaan sekali sahaja. Anda juga boleh memilih tindakan daripada menu status inap, jika ia ditunjukkan dalam bar menu. |
Kembali auto ke klik kiri | Selepas anda memilih tindakan untuk dilaksanakan, sentiasa buatkan klik kiri tindakan seterusnya dilksanakan. Pilihan ini berguna jika anda klik kiri item lebih kerap daripada melakukan tindakan lain. |
Masa inap lalai | Jumlah masa untuk menginap pada item pada skrin sebelum tindakan dilaksanakan. |
Masa inap panel | Jumlah masa untuk inap pada item dalam panel sebelum tindakan klik kiri dilaksanakan. |
Toleransi pergerakan inap | Jarak dalam piksel yang anda boleh gerakkan semasa inap pada item. Jika anda bergerak melebihi had ini, tindakan tidak dilaksanakan. |