Membina Tabiat Digital Sihat: Panduan untuk Keluarga
Daripada American Academy of Pediatrics dan Apple
Pelan Media Keluarga American Academy of Pediatrics (AAP) membantu keluarga berbincang dan mencipta tabiat digital sihat yang mengimbangi masa skrin dengan tidur, senaman, kerja sekolah dan masa bersama rakan serta keluarga. Panduan ini menunjukkan kepada anda cara anda boleh menggunakan peranti dan ciri Apple semasa anda mempraktikkan panduan AAP.*
Terokai panduan daripada American Academy of Pediatrics (AAP)
Langkah 1: Mulakan perbualan tentang masa skrin
Kawalan ibu bapa sering berjalan dengan baik apabila kanak-kanak memahami sebab kawalan dilakukan. Memulakan dengan perbualan tentang masa skrin sebelum menukar sebarang seting membantu kanak-kanak berasa dilibatkan dalam rancangan dan boleh mewujudkan ruang untuk meneruskan perbualan yang menyokong anak anda semasa mereka membesar.
Langkah 2: Sediakan Akaun Kanak-kanak
Apabila anda menyediakan Akaun Apple untuk anak anda dengan Perkongsian Keluarga, ia mendayakan langkah berjaga-jaga berasaskan umur dan memberikan anda akses kepada kawalan ibu bapa untuk mengurus pengalaman anak anda. Ia juga memastikan maklumat peribadi anda diasingkan daripada anak anda.
Langkah 3: Setkan seting keselamatan untuk tapak web dan app
Apabila anak anda menemukan app, permainan dan tapak web baharu, anda boleh menentukan perkara yang boleh diakses oleh mereka—app yang boleh dibeli atau dimuat turun, tapak web yang boleh dilawati serta penilaian yang dibenarkan untuk kandungan seperti buku dan filem.
Setkan seting keselamatan untuk tapak web dan app pada peranti anak anda
Langkah 4: Buat jadual untuk penggunaan peranti
Mengesetkan jadual untuk penggunaan peranti anak anda membantu anak anda mengimbangi masa dalam talian dengan tidur, aktiviti fizikal dan masa bersama keluarga dan rakan. Anda boleh menggunakan Masa Skrin untuk membantu mengesetkan rutin dan mengurus masa yang anak anda luangkan pada peranti Apple mereka.
Langkah 5: Urus kenalan anak anda
Anda boleh memilih orang yang boleh berkomunikasi dengan anak anda dalam Telefon, FaceTime dan Mesej, serta meluluskan kenalan baharu. Anda juga boleh menggunakan Keselamatan Komunikasi untuk membantu melindungi mereka daripada melihat atau berkongsi kebogelan dan keganasan yang dikesan dalam imej dan video.
Langkah 6: Pastikan perbualan berterusan semasa anak anda membesar
Kawalan ibu bapa boleh menyokong perbualan terbuka dan berterusan antara anda dan anak anda. Periksa secara kerap dan laraskan rancangan keluarga anda semasa anak anda membesar.