Perihal alamat e-mel Akaun Apple anda
Ketahui cara menambah, menukar atau memadamkan pelbagai jenis alamat e-mel yang boleh anda gunakan dengan Akaun Apple anda.
Jenis alamat e-mel Akaun Apple
Anda boleh menggunakan alamat e-mel utama Akaun Apple anda atau mana-mana alamat e-mel tambahan yang terdapat dalam rekod akaun anda, bersama-sama kata laluan anda, untuk log masuk ke Akaun Apple anda. Anda juga boleh menggunakan nombor telefon yang disimpan dalam akaun anda untuk log masuk. Alamat e-mel dan nombor telefon ini boleh didapati dalam Seting (atau Seting Sistem). Tekan nama anda, kemudian tekan Daftar Masuk & Keselamatan.
Alamat e-mel utama
Dalam kebanyakan kes, alamat e-mel yang anda gunakan untuk log masuk ke Akaun Apple anda juga merupakan alamat e-mel utama akaun anda. Ini ialah alamat e-mel yang menerima komunikasi berkaitan Akaun Apple anda.
Alamat e-mel tambahan
Tambah alamat e-mel tambahan untuk membantu rakan dan keluarga mencari anda di perkhidmatan Apple seperti FaceTime, Mesej, Perkongsian Foto, dan Cari Saya. Alamat e-mel ini juga boleh digunakan untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Alamat e-mel pemulihan
Jika anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor, anda mungkin mempunyai pilihan untuk menambah alamat e-mel pemulihan pada akaun anda untuk meningkatkan keselamatan. Apple menggunakan alamat ini untuk menghantar maklumat penting berkaitan akaun dan keselamatan kepada anda, jika anda memilikinya.
Sebelum anda boleh menggunakan Akaun Apple baharu atau yang telah dikemas kini, Apple akan menghantar e-mel pengesahan kepada anda untuk memastikan alamat e-mel itu milik anda.
Jika anda menerima e‑mel mencurigakan, ketahui cara mengenal pasti e‑mel penipuan.
Urus alamat e-mel utama Akaun Apple anda
Dalam kebanyakan kes apabila anda mencipta Akaun Apple, anda memasukkan alamat e-mel. Alamat e-mel utama ini ialah alamat yang boleh anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple dan perkhidmatan Apple seperti Apple Music dan iCloud. Ia juga merupakan alamat e-mel untuk dihubungi bagi akaun anda. Pastikan anda menyemak peti masuk anda secara berkala. Apple menghantar pemberitahuan e‑mel kepada anda untuk membantu anda mengurus akaun anda.
Tukar alamat e-mel utama Akaun Apple anda
Ketahui cara tukar alamat e-mel utama Akaun Apple anda.
Reset kata laluan Akaun Apple anda
Jika anda tahu kata laluan semasa Akaun Apple anda dan ingin menukarnya, ketahui cara menukar kata laluan Akaun Apple anda.
Jika anda lupa kata laluan Akaun Apple anda dan perlu menetapkan semula, ketahui cara untuk menetapkan semula kata laluan Akaun Apple anda.*
Dapatkan kod pengesahan
Dengan pengesahan dua faktor, anda memerlukan kod pengesahan untuk log masuk ke Akaun Apple anda pada peranti atau pelayar baharu. Ketahui cara mendapatkan dan menggunakan kod pada peranti dipercayai, atau menerima mesej teks atau panggilan telefon.
* Jika anda menggunakan pengesahan dua faktor, dalam beberapa kes anda mungkin dapat memendekkan proses pemulihan akaun atau menetapkan semula kata laluan anda dengan segera dengan mengesahkan kod enam digit yang dihantar ke alamat e-mel utama anda.
Tambah atau padam alamat e-mel tambahan
Ramai orang mempunyai lebih daripada satu alamat e‑mel yang digunakan rakan dan keluarga untuk menghubungi mereka. Anda boleh menambahkan alamat e-mel tambahan yang biasa anda gunakan pada Akaun Apple anda, supaya orang boleh mencari dan berkomunikasi dengan anda dengan mudah pada perkhidmatan Apple seperti FaceTime, Mesej, Perkongsian Foto dan Cari, serta bekerjasama dengan Pages, Numbers dan Keynote. Apple juga mungkin menggunakan alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk menghantar maklumat mengenai akaun anda.
Tambah alamat e-mel tambahan
Daftar masuk di account.apple.com.
Pilih Daftar Masuk dan Keselamatan.
Pilih E-mel & Nombor Telefon, kemudian pilih .
Masukkan alamat e-mel tambahan anda. Alamat e-mel tambahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Akaun Apple lain.
Apple akan menghantar pengesahan ke alamat tersebut. Tidak mendapat e‑mel?
Masukkan kod pengesahan dan pilih Teruskan.
Padam alamat e-mel tambahan
Log masuk di account.apple.com.
Pilih Log Masuk dan Keselamatan.
Pilih E-mel & Nombor Telefon.
Untuk memadam salah satu alamat e-mel tambahan anda, klik di sebelah alamat.
Perlukan bantuan lanjut?
Beritahu kami lebih lanjut tentang perkara yang berlaku dan kami akan mencadangkan tindakan yang boleh anda lakukan seterusnya.