Sediakan AirPods gantian atau bekas pengecasan anda

Apabila anda mendapat fon telinga AirPods gantian atau bekas pengecasan anda, ikut langkah ini untuk menggunakan AirPods pada iPhone atau iPad anda semula.

Jika anda membeli AirPods baharu, sediakan AirPods anda sebagai baharu.

Sediakan AirPods 1, AirPods 2, AirPods 3, AirPods Pro, gantian atau bekas pengecasan gantian anda

  1. Letakkan kedua-dua AirPods ke dalam bekas pengecasan anda.

  2. Sambungkan bekas kepada kuasa, tutup penutup dan tunggu selama 20 minit.

  3. Buka penutup, kemudian lakukan salah satu langkah yang berikut:

    • Jika lampu status berkelip putih, pergi ke langkah 5.

    • Jika lampu status tidak berkelip putih, teruskan ke langkah seterusnya.

  4. Dengan penutup terbuka, tekan dan tahan butang persediaan di bahagian belakang bekas selama 15 saat sehingga lampu status berkelip jingga, kemudian putih. Jika lampu status masih tidak berkelip putih, ketahui tindakan yang perlu diambil.

    AirPods Pro di dalam bekas dengan penutup terbuka dan butang di bahagian belakang ditekan.
  5. Semasa lampu status berkelip putih, tutup penutup bekas pengecasan anda.

  6. Sebelum mengetik Sambung pada animasi persediaan yang dipaparkan pada skrin, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian lakukan yang berikut:

    • Jika AirPods anda dipaparkan dalam Seting > Bluetooth, ketik butang Maklumat Lanjutnull di sebelah AirPods anda, ketik Lupakan Peranti Ini, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan. Teruskan ke langkah seterusnya.

    • Jika AirPods anda tidak dipaparkan, teruskan ke langkah seterusnya.

  7. Buka penutup, kemudian pergi ke Skrin Utama pada iPhone atau iPad anda.

  8. Dalam animasi persediaan, ketik Sambung, kemudian ketik Selesai. AirPods kini sedia untuk digunakan.

Sediakan AirPods 4 gantian (semua model) atau bekas pengecasan gantian anda

  1. Letakkan kedua-dua AirPods ke dalam bekas pengecasan anda.

  2. Sambungkan bekas kepada kuasa, tutup penutup dan tunggu selama 20 minit.

  3. Buka penutup, kemudian lakukan salah satu langkah yang berikut:

    • Jika lampu status berkelip putih, pergi ke langkah 5.

    • Jika lampu status tidak berkelip putih, teruskan ke langkah seterusnya.

  4. Dwiketik pada bahagian depan bekas semasa lampu status menyala, dwiketik sekali lagi apabila lampu status berkelip putih, kemudian dwiketik untuk kali ketiga apabila lampu status berkelip pantas. Apabila lampu status berkelip jingga, kemudian berkelip putih, teruskan ke langkah seterusnya. Jika lampu status masih tidak berkelip putih, ketahui tindakan yang perlu diambil.

    AirPods 4 di dalam bekas dengan penutup terbuka.
  5. Semasa lampu status berkelip putih, tutup penutup bekas pengecasan anda.

  6. Sebelum mengetik Sambung pada animasi persediaan yang dipaparkan pada skrin, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian lakukan yang berikut:

    • Jika AirPods anda dipaparkan dalam Seting > Bluetooth, ketik butang Maklumat Lanjutnull di sebelah AirPods anda, ketik Lupakan Peranti Ini, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan. Teruskan ke langkah seterusnya.

    • Jika AirPods anda tidak dipaparkan, teruskan ke langkah seterusnya.

  7. Buka penutup, kemudian pergi ke Skrin Utama pada iPhone atau iPad anda.

  8. Dalam animasi persediaan, ketik Sambung, kemudian ketik Selesai. AirPods kini sedia untuk digunakan.

Perlukan bantuan lanjut?

Beritahu kami lebih lanjut tentang perkara yang berlaku dan kami akan mencadangkan tindakan yang boleh anda lakukan seterusnya.

Dapatkan cadangan

Tarikh Diterbitkan: