Cara untuk mengeset semula AirPods dan AirPods Pro anda
Anda mungkin perlu mengeset semula AirPods anda jika AirPods itu tidak boleh dicas atau untuk membetulkan isu lain.
Setkan semula AirPods 1, AirPods 2, AirPods 3, AirPods Pro 1 atau AirPods Pro 2 anda
Masukkan AirPods anda ke dalam bekas pengecasan, tutup penutup dan tunggu selama 30 saat.
Pada iPhone atau iPad yang digandingkan dengan AirPods anda, pergi ke Seting > Bluetooth:
Jika AirPods anda muncul dalam senarai Peranti Saya, ketik pada butang Maklumat Lanjut bersebelahan AirPods anda, ketik Lupakan Peranti Ini, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan.
Jika AirPods anda tidak muncul dalam senarai, teruskan ke langkah seterusnya.
Buka penutup bekas pengecasan anda.
Tekan dan tahan butang persediaan di bahagian belakang bekas itu selama kira-kira 15 saat.
Apabila lampu status di bahagian hadapan bekas itu berkelip warna ambar, kemudian berkelip warna putih, anda boleh mengikuti langkah pada skrin peranti anda untuk menyambungkan semula AirPods anda.
Setkan semula AirPods 4 anda (semua model) atau AirPods Pro 3
Masukkan AirPods anda ke dalam bekas pengecasan, tutup penutup dan tunggu selama 30 saat.
Pada iPhone atau iPad yang digandingkan dengan AirPods anda, pergi ke Seting > Bluetooth:
Jika AirPods anda muncul dalam senarai Peranti Saya, ketik pada butang Maklumat Lanjut bersebelahan AirPods anda, ketik Lupakan Peranti Ini, kemudian ketik sekali lagi untuk membuat pengesahan.
Jika AirPods anda tidak muncul dalam senarai, teruskan ke langkah seterusnya.
Buka penutup bekas pengecasan anda.
Ketik dua kali pada bahagian hadapan bekas itu semasa lampu status menyala.
Ketik dua kali sekali lagi apabila lampu status berkelip warna putih.
Ketik dua kali buat kali ketiga apabila lampu status berkelip lebih pantas.
Apabila lampu status berkelip warna ambar, kemudian berkelip warna putih, anda boleh mengikuti langkah pada skrin peranti anda untuk menyambungkan semula AirPods anda.
Jika lampu status tidak berkelip warna putih semasa anda mengeset semula AirPods anda
Masukkan AirPods anda ke dalam bekas pengecasan, tutup penutup dan tunggu selama 20 saat.
Buka penutup bekas pengecasan anda.
Bergantung pada model AirPods anda:
Untuk AirPods 1, AirPods 2, AirPods 3, AirPods Pro 1 atau AirPods Pro 2, tekan dan tahan butang persediaan pada bekas itu sekali lagi selama kira-kira 15 saat, sehingga lampu status pada bahagian hadapan bekas itu berkelip warna ambar, kemudian berkelip warna putih.
Untuk model AirPods 4 dan AirPods Pro 3, ketik dua kali pada bahagian hadapan bekas itu semasa lampu status menyala, ketik dua kali sekali kali apabila lampu status berkelip warna putih. Apabila lampu status berkelip lebih pantas, ketik dua kali buat kali ketiga, sehingga lampu status berkelip warna ambar, kemudian berkelip warna putih.
Untuk menyambungkan semula AirPods anda: Dengan AirPods anda berada dalam bekas pengecasan dan penutup terbuka, letakkan AirPods anda dekat dengan peranti anda, kemudian ikuti langkah pada skrin peranti anda.
Ketahui lebih lanjut
Sediakan AirPods gantian atau bekas pengecasan anda