Sambung AirPods dan AirPods Pro anda kepada iPhone anda
Ketahui cara menggunakan iPhone anda untuk menyediakan AirPods anda.
Sediakan AirPods dan AirPods Pro untuk kali pertama
Jika anda menyediakan AirPods anda untuk kali pertama, pastikan anda mempunyai iPhone dengan versi terkini iOS,1 kemudian ikut langkah ini:
Kembali ke Skrin Utama.
Dengan AirPods anda masih di dalam bekas pengecasan, buka bekas pengecasan dan letakkan di sebelah iPhone anda. Animasi persediaan akan dipaparkan pada iPhone anda. Jika anda tidak melihat animasi persediaan, ketahui cara menyambungkan AirPods anda secara manual.
Ketik Sambung.
Ikut arahan pada skrin.
Ketik Done (Selesai).
Jika anda telah mendaftar masuk ke iCloud, AirPods anda disediakan secara automatik dengan sebarang peranti anda yang disokong yang telah mendaftar masuk ke iCloud dengan Akaun Apple yang sama.2

Sambungkan AirPods dan AirPods Pro secara manual
Jika anda tidak melihat animasi persediaan semasa cuba menyambungkan AirPods anda, cuba sambungkannya secara manual:
Dengan AirPods anda dalam bekas pengecasan, buka penutup.
Lakukan perkara berikut, mengikut jenis peranti anda:
Untuk AirPods Pro 3, AirPods 4 (kedua-dua model), dan AirPods 5 (kedua-dua model), ketik dua kali pada bahagian depan bekas sehingga lampu status berkelip putih.
Untuk semua model yang lain, tekan dan tahan butang persediaan di bahagian belakang bekas sehingga lampu status berkelip putih.
Pergi ke Seting, kemudian ketik Bluetooth.
Apabila AirPods anda muncul dalam senarai peranti Bluetooth, pilihnya.
Ketahui lebih lanjut
Jika AirPods atau AirPods Pro anda tidak bersambung
Untuk kefungsian penuh, pastikan iPhone yang digandingkan dengan AirPods anda mempunyai versi iOS yang terkini. Untuk dapat menggandingkan dan menggunakan AirPods anda dengan iPhone anda, iPhone anda mestilah menjalankan salah satu versi iOS ini, bergantung pada AirPods yang anda miliki:
AirPods 1: iOS 10.0 atau lebih baharu
AirPods 2: iOS 12.2 atau lebih baharu
AirPods 3: iOS 15.1 atau lebih baharu
AirPods 4 (kedua-dua model): iOS 18.0 atau lebih baharu
AirPods 5 (kedua-dua model): iOS 27
AirPods Pro 1: iOS 13.2 atau lebih baharu
AirPods Pro 2 (Lightning): iOS 16.0 atau lebih baharu
AirPods Pro 2 (USB-C): iOS 17.0 atau lebih baharu
AirPods Pro 3: iOS 26 atau lebih baharu
AirPods dan AirPods Pro boleh dikaitkan dengan satu Akaun Apple untuk memanfaatkan ciri seperti penukaran peranti automatik dan Cari. Jika anda ingin menggunakan AirPods atau AirPods Pro yang telah digunakan oleh orang lain, mereka perlu terlebih dahulu mengeluarkannya daripada Akaun Apple mereka.