Sediakan dan gunakan fon kepala Studio3 Wireless anda

Ketahui cara untuk menyambungkan, mengecas dan menggunakan fon kepala Studio anda dengan peranti anda.

Studio 3 Wireless headphone lineup

Hidupkan dan caskan fon kepala anda

Tekan dan tahan butang kuasa selama 1 saat.

Studio 3 Wireless power button

Untuk mengecas fon kepala anda, palamkan fon kepala kepada sumber kuasa menggunakan kabel mikro USB yang disertakan. Apabila fon kepala sedang dicas, lima lampu Fuel Gauge akan berkelip. Apabila fon kepala anda dicas sepenuhnya, kelima-lima lampu tetap menyala.

Fon kepala anda mempunyai kuasa main balik hingga 22 jam setelah pengecasan selama 90 minit dan hingga 40 jam apabila anda mematikan Pure ANC. Dengan Fast Fuel, fon kepala anda menyediakan main balik hingga 3 jam daripada pengecasan selama 10 minit.

Semak tahap cas fon kepala anda

Untuk menyemak tahap bateri, pastikan fon kepala anda dihidupkan, kemudian ketik butang kuasa pada fon kepala anda dan lihat lampu lima Fuel Gauge pada cuping kanan.

Ganding fon kepala anda

Jika anda menghidupkan fon kepala anda dan lampu penunjuk menyala tetapi tidak berkelip, fon kepala anda telah digandingkan dengan peranti. Dalam hal ini, ikut langkah untuk menyambungkan fon telinga kepada peranti lain.

Ganding dengan iPhone yang menggunakan iOS 11 atau lebih baru

  1. Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Bluetooth dan pastikan Bluetooth dihidupkan.

  2. Tekan butang kuasa pada fon kepala anda selama 1 saat.

  3. Pastikan fon kepala anda berada dalam jarak 2 inci dari iPhone anda yang tidak dikunci. Selepas beberapa saat, iPhone akan meminta anda bersambung.

  4. Ikut arahan pada iPhone anda.

Ganding dengan Mac anda atau peranti lain yang menggunakan Bluetooth

  1. Tekan butang kuasa pada fon kepala anda selama 5 saat. Apabila lima lampu Fuel Gauge berkelip, fon kepala anda dapat ditemukan.

  2. Pergi ke seting Bluetooth pada peranti anda. Contohnya, pada Mac anda, pilih menu Apple () > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth. Pastikan Bluetooth dihidupkan.

  3. Pilih fon kepala anda daripada senarai peranti Bluetooth yang ditemukan.

Fon kepala anda digandingkan secara automatik dengan peranti lain yang didaftar masuk ke iCloud dan menggunakan iOS 11 atau lebih baru, macOS Sierra atau lebih baru, atau watchOS 3 atau lebih baru.

Guna fon kepala anda

Ketahui cara untuk memainkan muzik, mengubah kelantangan, menggunakan Siri, menjawab panggilan, dan membatalkan hingar.

Studio 3 Wireless buttons
No alt supplied for Image

Play

Guna butang bNo alt supplied for Image pada cuping kiri atau gunakan butang tengah pada kabel RemoteTalk dalam mod berwayar.

  • Untuk menjeda atau memainkan runut, tekan sekali.

  • Untuk melangkau ke runut seterusnya, tekan dua kali. Untuk melangkau ke belakang, tekan tiga kali.

  • Untuk mengimbas ke hadapan melalui runut, tekan dua kali dan tahan pada tekan kedua. Untuk mengimbas ke belakang melalui runut, tekan tiga kali dan tahan pada tekan ketiga.

Ubah kelantangan

Untuk mengawal kelantangan main balik atau kelantangan panggilan, guna butang kelantangan di atas dan di bawah butang bNo alt supplied for Image pada cuping kiri. Atau, anda oleh menggunakan butang kelantangan pada kabel RemoteTalk.

No alt supplied for Image

Jawab panggilan

Guna butang bNo alt supplied for Image pada cuping kiri atau guna butang tengah pada kabel RemoteTalk.

  • Untuk menjawab atau menamatkan panggilan, tekan sekali.

  • Untuk menjawab panggilan masuk yang kedua dan menunda panggilan yang pertama, tekan sekali. Apabila terdapat dua panggilan aktif, tindakan ini akan menukar antara kedua-dua panggilan tersebut.

  • Untuk menolak panggilan masuk, tekan dan tahan selama 1 saat.

  • Untuk berhenti daripada mendengar melalui fon kepala anda dan menghantar panggilan kepada telefon anda, tekan dua kali.

No alt supplied for Image

Kawalan bebas tangan

Untuk mengaktifkan Siri pada peranti iOS anda atau ciri perintah suara pada peranti lain, guna butang butang bNo alt supplied for Image pada cuping kiri atau butang tengah pada kabel RemoteTalk. Tekan dan tahan sehingga anda dengar bunyi, kemudian sebutkan perkara yang anda perlukan.

Ciri Siri mungkin berbeza-beza mengikut negara atau rantau.

No alt supplied for Image

Hidupkan atau matikan Pure ANC

Pure ANC dihidupkan setiap kali anda menghidupkan Beats Studio3 Wireless anda, mengurangkan hingar luaran semasa main balik. Untuk menghidupkan atau mematikan Pure ANC, tekan butang kuasa dua kali semasa fon kepala anda disambungkan kepada peranti anda.

Kemas kini fon kepala anda

Jika anda menggandingkan fon kepala anda dengan iPhone yang menggunakan iOS 11 atau lebih baru, fon kepala anda dikemaskinikan kepada perisian tegar yang terkini secara automatik.

Jika fon kepala anda tidak digandingkan dengan iPhone yang menggunakan iOS 11 atau lebih baru, anda boleh menggunakan pengemas kini perisian tegar Beats.

Ketahui lebih lanjut

Baca tentang Pure ANC (Pure Adaptive Noise Cancellation).

Guna app Beats untuk Android.

Tarikh Diterbitkan: