Quick Nav, kategori Pemerintah, Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan anak tetingkap Quick Nav kategori pemerintah dalam Utiliti VoiceOver untuk mendayakan dan mengesetkan pilihan bagi menggunakan Quick Nav dan menetapkan perintah VoiceOver ke kekunci tunggal (bukan kombinasi kekunci) untuk menavigasi halaman web menggunakan Quick Nav.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Dayakan Quick Nav | Aktifkan atau nyahaktifkan Quick Nav. |
Benarkan pentogolan Quick Nav dengan menggunakan kekunci anak panah kiri dan kanan | Aktifkan atau nyahaktifkan Quick Nav semasa bekerja dengan menekan kekunci Anak Panah Kiri dan Anak Panah Kanan pada masa yang sama. |
Dayakan navigasi halaman web kekunci tunggal apabila menggunakan Quick Nav | Membolehkan penggunaan perintah kekunci tunggal Quick Nav semasa melihat halaman web. Untuk menyesuaikan perintah kekunci tunggal, klik Tetapkan Perintah. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan navigasi halaman web kekunci tunggal semasa bekerja, tekan VO-Q. |
Penetapan Perintah | Paparkan anak tetingkap untuk menetapkan perintah VoiceOver bagi anak panah dan kekunci huruf pada papan kekunci. |