Padamkan memo suara pada Mac anda
Padamkan rakaman yang anda tidak lagi perlukan.
Padamkan memo suara
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih rakaman dalam bar sisi yang anda mahu padamkan.
Pilih Edit > Padam atau tekan Delete.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri dengan dua jari, kemudian klik Padam.
Melainkan anda mengesetkan keutamaan untuk mengosongkan rakaman dipadam serta-merta, rakaman tersedia untuk tempoh masa yang ditentukan dalam folder Terbaru Dipadam yang terletak dalam bar sisi. Apabila rakaman yang dipadam dipadamkan secara kekal, rakaman itu dikeluarkan daripada semua peranti yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama dan Memo Suara diaktifkan dalam keutamaan iCloud. Lihat Tukar keutamaan.
Pulihkan memo suara daripada Terbaru Dipadam
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, klik Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman untuk dipulihkan.
Klik butang Pulihkan di penjuru kanan atas.
Untuk memulihkan semua memo suara dipadamkan, klik Pulihkan di bahagian bawah bar sisi.
Padamkan memo suara secara kekal daripada Terbaru Dipadam
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, klik Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman untuk memadamnya secara kekal.
Klik butang Padam di penjuru kanan atas.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri dengan dua jari, kemudian klik Padam.
Untuk memadamkan semua memo suara yang telah dipadam, klik Padam Semua di bahagian bawah bar sisi.