Tonton pada konsol permainan
Cari app Apple TV pada konsol permainan (anda mungkin perlu memasang app terlebih dahulu), kemudian buka app dan daftar masuk dengan Apple ID.
Jika anda memerlukan lebih bantuan, pilih konsol anda di bawah dan ikuti arahan.
PS5 atau PS4
Anda boleh mencari app Apple TV dalam Media Hub pada PS5 atau dalam bahagian TV & Video pada PS4.
Bergantung pada peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Pada PS5: Navigasi ke Media Hub, kemudian pilih app Apple TV dalam baris app untuk membukanya.
Pada PS4: Navigasi ke TV & Video, kemudian pilih app Apple TV dalam baris app untuk membukanya.
Nota: Anda mungkin mengalami sedikit kelewatan semasa app dimuat turun jika app belum pernah dibuka sebelum ini.
Daftar masuk dengan Apple ID jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya di tapak web Apple ID. Anda hanya memerlukan satu Apple ID untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Apple ID.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Jika app Apple TV tidak tersedia pada PlayStation, anda boleh berkongsi skrin anda secara pilihan daripada iPhone, iPad, Mac, atau peranti lain anda ke televisyen anda dengan AirPlay 2.
Xbox One, Xbox Series X, atau Xbox Series S
Anda boleh mencari dan memuat turun app Apple TV daripada Xbox Store.
Daripada menu Home pada Xbox anda, navigasi ke Store, kemudian cari “Apple TV” dan ikuti arahan atas skrin untuk memasangnya.
Daripada menu Home, navigasi ke Entertainment atau “My games and apps”, kemudian pilih app Apple TV untuk membukanya.
Daftar masuk dengan Apple ID jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya di tapak web Apple ID. Anda hanya memerlukan satu Apple ID untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Apple ID.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Jika app Apple TV tidak tersedia pada Xbox, anda boleh berkongsi skrin anda secara pilihan daripada iPhone, iPad, Mac, atau peranti lain anda ke televisyen anda dengan AirPlay 2.
Mula menggunakan app Apple TV
Dalam app Apple TV , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana yang berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Laman Utama: Mula menonton filem, rancangan TV dan sukan di satu tempat. Gunakan baris Seterusnya untuk mencari item yang anda telah tambah atau kandungan yang anda telah mula tonton tetapi belum dihabiskan.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.
MLS Season Pass: Tonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Kedai: Gunakan destinasi semua dalam satu ini untuk melayari, membeli dan menyewa filem dan rancangan TV terbaik di dunia.
Pustaka: Cari pembelian dan sewaan anda yang disusun mengikut kategori.
Saluran: Pilih saluran yang anda langgan baru-baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Tidak mempunyai konsol permainan?
Apple TV+ kini percuma untuk tiga bulan apabila anda membeli Apple TV 4K. Atau anda boleh menonton Apple TV+ sekarang pada pelayar web anda di tv.apple.com/my.