Tonton filem dan rancangan yang dikongsi dengan anda dalam app Apple TV pada Mac
Apabila seseorang berkongsi filem atau rancangan dengan anda menggunakan app Mesej, anda boleh mencarinya dengan mudah dalam baris Dikongsi dengan Anda.
Nota: Untuk melihat filem dan rancangan yang dikongsi dengan anda dalam app Apple TV, pastikan ciri “Dikongsi dengan Anda” untuk TV diaktifkan dalam app Mesej. Lihat Jejak kandungan dikongsi dalam Mesej dalam Panduan Pengguna Mesej.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, klik Laman Utama dalam bar sisi.
Di sebelah kanan, skrol ke bawah ke baris Dikongsi dengan Anda, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat butiran filem atau episod: Klik imej kecil.
Mainkan filem atau episod: Klik imej kecil, kemudian klik butang Main.
Balas kepada pengirim dalam Mesej: Klik nama orang yang berkongsi filem atau rancangan. Apabila app Mesej dibuka, hantar balasan anda.
Keluarkan filem atau rancangan daripada baris Dikongsi dengan Anda: Control-klik filem atau rancangan, kemudian pilih Keluarkan.
Nota: Baris Dikongsi dengan Anda dalam Laman Utama tidak kelihatan sehingga seseorang berkongsi filem atau rancangan dengan anda.