Pilih pilihan yang berfungsi terbaik dengan komputer dan penyedia perkhidmatan internet anda.
Kualiti Tinggi (Sehingga 4K): Strim video kualiti terbaik, termasuk video HDR apabila tersedia.
Penjimat Data: Strim kualiti terbaik yang tersedia pada saiz fail terendah.
Pilihan Muat Turun
Pilih pilihan yang berfungsi terbaik dengan ruang storan komputer dan sambungan internet anda.
Kualiti Tinggi (Sehingga 1080p): Muat turun video berkualiti paling tinggi untuk filem atau rancangan TV yang anda beli atau sewa. Fail yang lebih tinggi kualitinya menggunakan lebih banyak ruang.
Muat Turun Laju: Muat turun saiz fail yang paling kecil untuk filem atau rancangan TV yang anda beli atau sewa. Pilih pilihan ini jika anda sambungan internet anda perlahan atau anda mempunyai ruang storan yang terhad.
HD Paling Serasi (1080p): Pilih pilihan ini jika anda mahu memindahkan video berdefinisi tinggi 1080p yang dimuat turun daripada Mac anda ke iPod atau peranti iOS.
SD Paling Serasi (480p): Pilih pilihan ini jika anda mahu memindahkan video berdefinisi standard 480p yang dimuat turun daripada Mac anda ke iPod atau peranti iOS.