
App Apple TV pada Mac sekilas pandang
Dengan app Apple TV, semua rancangan TV, filem dan sukan kegemaran anda berada di satu tempat.
Dalam app Apple TV, anda boleh:
- Langgan dan tonton Apple TV+, menampilkan rancangan TV dan filem asal daripada Apple, serta Friday Night Baseball dan Sunday Night Soccer 
- Langgan dan tonton MLS Season Pass, menampilkan setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer langsung, keseluruhan main habis dan Leagues Cup, semuanya tanpa cegah siar 
- Langgan terus hanya ke saluran yang anda mahu dengan saluran Apple TV 
- Dapatkan pengesyoran berdasarkan cita rasa dan sejarah tontonan anda 
- Tonton bersama menggunakan SharePlay dan app FaceTime 
- Gunakan Kedai untuk mendapatkan filem dan rancangan TV terbaik dunia bagi pembelian, sewaan, atau langganan, termasuk saluran Apple TV yang anda belum langgan 
- Akses keseluruhan koleksi filem dan rancangan TV anda dalam Pustaka 
Jika anda menggunakan app Apple TV pada berbilang peranti, anda boleh menonton pada satu peranti, kemudian meneruskan di tempat anda berhenti pada peranti lain. Untuk mengetahui semua cara yang anda boleh menonton, lihat Cara menonton Apple TV+, MLS Season Pass dan banyak lagi.