![](https://help.apple.com/assets/5F44415C680CE2457B1E0498/5F864147680CE26B42D28F70/ms_MY/b36a674b3c60bdb69f767007921fbfc8.png)
Batal dan mulakan semula fail pakej
Anda boleh menghentikan Transporter daripada mengesahkan atau menghantar fail pakej jika anda tidak boleh menunggu proses untuk selesai. Pada masa kemudian, anda boleh memulakan semula pengesahan atau penghantaran.
Batalkan fail pakej
Untuk menghentikan pengesahan dan penghantaran, klik penunjuk kemajuan.
Klik Henti.
Transporter menghentikan pengesahan atau penghantaran.
Untuk butiran kawalan, lihat tetingkap Transporter.
Mulakan semula fail pakej
Untuk fail pakej yang anda mahu mulakan semula, klik Hantar (atau pilih Sahkan daripada butang
).
Transporter memulakan semula proses pengesahan atau penghantaran.
Nota: Jika anda membatalkan dan memulakan semula penghantaran pakej baru-baru ini, Transporter memulakan semula penghantaran dari tika anda berhenti. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak masa berlalu sejak anda membatalkan penghantaran, Transporter memulakan semula penghantaran daripada permulaan.
Pantau status fail pakej anda dalam tetingkap Transporter.
Untuk butiran kawalan, lihat tetingkap Transporter.