![](https://help.apple.com/assets/65B2B2C09FD7FD729308EE63/65B2B2D725D84D75540264C7/ms_MY/b36a674b3c60bdb69f767007921fbfc8.png)
Perihal penyedia kandungan dan rumah pengekodan
Untuk menggunakan Transporter dan memuat naik kandungan ke Apple, anda mesti mempunyai akaun penyedia kandungan dalam iTunes Connect, App Store Connect, atau akaun rumah pengekodan.
Jenis akaun | Nota |
---|---|
Penyedia kandungan | Untuk mengesahkan dan menghantar kandungan sebagai penyedia kandungan, anda mesti mempunyai akaun aktif dalam iTunes Connect dengan peranan Pentadbir atau Teknikal atau App Store Connect dengan peranan Pentadbir, Pembangun, atau Pengurus App. Apabila anda mendaftar masuk sebagai penyedia kandungan, Transporter memaparkan nama penyedia anda di bahagian atas tetingkap. Jika akaun anda dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu jenis kandungan bagi berbilang penyedia, anda akan melihat menu timbul Semua Penyedia di bahagian atas tetingkap. Klik menu timbul Semua Penyedia untuk menapis mengikut nama penyedia. |
Rumah pengekodan | Untuk mengesahkan dan menghantar kandungan sebagai rumah pengekodan, anda mesti mempunyai akaun yang Apple telah dayakan untuk penghantaran kandungan sebelum ini. Apabila anda mendaftar masuk sebagai rumah pengekodan, Transporter memaparkan nama penyedia yang anda boleh hantar kandungan di bahagian atas tetingkap atau, jika anda boleh menghantar kandungan untuk lebih daripada satu penyedia, Transporter memaparkan menu timbul Semua Penyedia di bahagian atas tetingkap. Klik menu timbul Semua Penyedia untuk menapis mengikut nama penyedia. |
Nota: Bergantung pada peranan iTunes Connect atau App Store Connect atau tahap akses rumah pengekodan, anda mungkin mempunyai kelayakan sahkan sahaja dalam Transporter.