![](https://help.apple.com/assets/65B2B2C09FD7FD729308EE63/65B2B2D725D84D75540264C7/ms_MY/b36a674b3c60bdb69f767007921fbfc8.png)
Tambah fail
Apabila anda pasti kandungan lengkap dan betul, termasuk semua fail aset, anda boleh menambah fail pakej diprajana anda atau fail app anda ke tetingkap Transporter.
Tambah fail
Sahkan bahawa nama penyedia anda kelihatan di bahagian atas tetingkap Transporter.
Jika anda ialah rumah pengekodan dan boleh menghantar kandungan untuk lebih daripada satu penyedia, menu timbul Semua Penyedia kelihatan. Klik menu timbul Semua Penyedia untuk menapis mengikut nama penyedia.
Bergantung pada jenis kandungan yang anda hantar, skrin pembukaan mungkin berbeza-beza:
Jenis Kandungan
Tambah Tetingkap Kandungan
App
Muzik
Video
Buku
Rumah Pengekodan atau Akaun Berbilang Penyedia
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Klik butang Tambah (nama butang bergantung pada jenis kandungan), pilih satu atau lebih fail, kemudian klik Buka.
Seret dan lepaskan satu atau lebih fail ke dalam tetingkap Transporter.
Klik
di bahagian atas tetingkap Transporter, pilih satu atau lebih fail, kemudian klik Buka.
Ulang langkah 2 untuk seberapa banyak fail yang anda mahu tambah ke Transporter.
Untuk butiran kawalan, lihat tetingkap Transporter.
Nota:
Untuk buku, muzik dan video, jika anda menambah fail yang anda tambah sebelumnya, Transporter bertanya jika anda mahu menggantikan fail yang ditambah sebelumnya jika anda mengesetkan keutamaan “Apabila Pakej Ditambahkan” ke Tunggu untuk Pilihan. Jika anda menggantikan fail yang sedang diproses oleh Transporter, Transporter membatalkan pakej semasa, mengeluarkannya dan menambahkan pakej baru. Jika anda mengesetkan keutamaan “Apabila Pakej Ditambahkan” ke Sahkan atau Sahkan dan Hantar, Transporter memulakan semula proses pengesahan atau pengesahan dan penghantaran secara automatik.
Untuk app, anda boleh menambah berbilang binaan app anda dan Transporter memprosesnya sebagai binaan berasingan dan tidak akan bertanya anda jika anda mahu menggantikan fail yang ditambah sebelumnya. Ini mengekalkan sejarah penghantaran binaan berbeza.
Untuk app, anda boleh menghantar pakej .itmsp metadata sahaja tanpa aset untuk mengemas kini metadata. Lihat Kemas kini metadata app.