![](https://help.apple.com/assets/63FFF1EDEC1A1E3FCE0E7455/63FFF1EDEC1A1E3FCE0E745C/ms_MY/08b70e5eef958aa12cfe3ab768b67185.png)
Semak ejaan dan tatabahasa dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh menyemak ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip.
Dalam app TextEdit
pada Mac anda, pilih TextEdit > Seting, kemudian klik Dokumen Baharu.
Di bawah Pilihan, pilih satu atau lebih pilihan ejaan atau tatabahasa.
Jika anda klik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baharu, pilihan ini disetkan agar sepadan dengan seting ejaan dan tatabahasa dalam seting Papan Kekunci. Untuk melaraskan seting ini, pilih menu Apple
Nota: Jika anda menukar seting Papan Kekunci semasa TextEdit dibuka, anda mesti keluar dan buka semula TextEdit sebelum mengklik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baharu.