Tukar cara teks dibalut dalam TextEdit pada Mac
Kawal cara teks membalut dalam tetingkap TextEdit dan dalam dokumen bercetak dan pilih jika perkataan bertanda sempang.
Ubah cara teks membalut dalam tetingkap
Anda boleh membalut teks ke tetingkap atau ke jidar halaman berdasarkan saiz kertas.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Format > Balut ke Tetingkap untuk membalut teks dalam tetingkap TextEdit.
Pilih Format > Balut ke Halaman untuk membalut teks dalam jidar halaman.
Untuk menukar saiz kertas, pilih Fail > Persediaan Halaman.
Ubah cara teks membalut dalam dokumen bercetak
Anda boleh mencetak dokumen dengan pemisah baris yang sepadan dengan dokumen dalam tetingkap TextEdit.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih Fail > Cetak, kemudian nyahpilih “Balut semula kandungan untuk muat halaman.”
Jika anda tidak melihat pilihannya, klik Tunjukkan Butiran, kemudian pilih TextEdit daripada menu pilihan cetakan.
Benarkan penyempangan
Anda boleh membuatkan TextEdit menanda sempang pada perkataan panjang secara automatik di hujung baris, yang boleh menjadikan jidar kanan muncul lancar.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih Format > Benarkan Penyempangan.
Untuk menyahaktifkan penyempangan, pilih Format > Tidak Membenarkan Penyempangan.