Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/615275A338285545FE1AA968/615275A438285545FE1AA96F/ms_MY/08b70e5eef958aa12cfe3ab768b67185.png)
Semak ejaan dan tatabahasa dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh menyemak ejaan dan tatabahasa semasa anda menaip.
Dalam app TextEdit
pada Mac anda, pilih TextEdit > Keutamaan, kemudian klik Dokumen Baharu.
Di bawah Pilihan, pilih satu atau lebih pilihan ejaan atau tatabahasa.
Jika anda klik Pulihkan Semua Lalai dalam anak tetingkap Dokumen Baharu, pilihan ini disetkan agar sepadan dengan seting “Betulkan ejaan secara automatik” dalam anak tetingkap Teks daripada keutamaan Papan kekunci. Untuk membuka anak tetingkap Teks, pilih menu Apple , kemudian klik Teks.