Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sambung ke pelayan dalam Terminal pada Mac
Dengan Terminal anda boleh menyambung kepada pelayan jauh menggunakan beberapa protokol, termasuk ssh, sftp, ftp, telnet, atau protokol yang anda tentukan.
Dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Cangkerang > Sambungan Jauh Baharu.
Pilih protokol dalam senarai Perkhidmatan.
Pilih pelayan dikongsi dalam senarai Pelayan.
Dalam medan Pengguna, masukkan nama pengguna, kemudian klik Sambung.
Jika anda tahu alamat IP pelayan, anda boleh memasukkannya terus ke dalam medan alamat di bahagian bawah tetingkap.