Touch Bar

Ciri tersedia pada sesetengah komputer Mac. Anda boleh menggunakan gerak isyarat yang dikenali—seperti ketik, leret, atau luncur—terus pada Touch Bar untuk laraskan seting, gunakan Siri, akses kekunci fungsi dan lakukan tugas dalam aplikasi.

Papan kekunci dengan Touch Bar merentas bahagian atas; Touch ID terletak di hujung kanan Touch Bar

Touch Bar termasuk Touch ID, yang membenarkan anda buka kunci Mac anda dan sesetengah item dilindungi kata laluan, gunakan Apple Pay untuk membuat pembelian pada web dan beli item daripada iTunes Store, App Store dan iBooks Store.

Control Strip, di hujung kanan Touch Bar, membolehkan anda melaraskan seting biasa—seperti kecerahan dan kelantangan—dan tanya Siri. Anda boleh kembangkan Control Strip untuk mengakses seting dan ciri tambahan, seperti Mission Control dan Launchpad.

Touch Bar mempunyai butang yang berbeza mengikut app atau tugas di bahagian kiri dan Control Strip yang diruntuhkan di bahagian kanan

Butang lain dalam Touch Bar bergantung pada app anda gunakan atau tugas anda sedang lakukan. Sebagai contoh, ini bagaimana Touch Bar kelihatan apabila anda menulis e-mel dalam aplikasi Mail:

Touch Bar dengan butang Mail yang termasuk, dari kiri ke kanan, Emoji, Warna, Tebal, Italik, Garis Bawah, Penjajaran, Senarai, Cadangan Menaip

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch Bar, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Touch Bar pada MacBook Pro anda.