Tentukan fail dan folder dalam Terminal pada Mac
Kebanyakan perintah beroperasi pada fail dan folder, yang lokasinya dikenal pasti oleh laluan. Nama folder yang membentuk laluan dipisahkan oleh garis condong. Sebagai contoh, laluan ke app terminal adalah /Aplikasi/Utiliti/Terminal.app.
Jadual berikut menunjukkan pintasan standard yang digunakan untuk mewakili folder tertentu. Ia relatif secara khusus ke folder semasa dan boleh menghapuskan keperluan memasukkan laluan penuh.
Pintasan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
. | Noktah tunggal mewakili folder semasa. Sebagai contoh, rentetan “. /Test.c” mewakili fail Test.c di dalam folder semasa. | ||||||||||
.. | Dua noktah mewakili folder induk kepada folder semasa. Sebagai contoh, rentetan ".. /Test” mewakili folder saudara (bernama Test) kepada folder semasa. | ||||||||||
~[nama pengguna] | Aksara tilde mewakili folder rumah pengguna yang dilog masuk. Sebagai contoh, untuk menentukan folder Dokumen pengguna semasa, masukkan ~/Dokumen. Untuk menentukan folder Dokumen pengguna lain, gunakan nama pendek didahului oleh aksara tilde (~)—sebagai contoh, ~jsmith/Dokumen. Dalam macOS, folder ini di dalam folder setempat /Pengguna atau pada pelayan rangkaian. Untuk senarai nama pendek pada pelayan anda, masukkan |
Nama fail dan folder boleh mengandungi huruf, nombor, noktah atau tanda garis bawah. Elakkan kebanyakan aksara lain, termasuk aksara ruang. Walaupun sesetengah sistem fail membenarkan penggunaan aksara lain, termasuk ruang, anda mungkin perlu menambah tanda petikan tunggal atau kembar di sekeliling nama laluan yang mengandunginya.
Untuk aksara individu, anda juga boleh menggunakan aksara lepasan—dengan cara, letakkan aksara garis condong ke belakang serta merta sebelum aksara itu dalam rentetan anda. Sebagai contoh, nama laluan My Disk ialah “My Disk” atau My\ Disk.